26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Pemain Panama mati terkena tembakan rambang di Colon

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMAIN pertahanan skuad kebangsaan Panama, Gilberto Hernandez maut pada usia 26 tahun selepas terkena tembakan rambang di bandar pelabuhan, Colon, Ahad lalu.

Dalam kejadian pada Ahad lalu, sebanyak tujuh individu lain dilaporkan cedera namun tidak dapat dipastikan sama ada Hernandez merupakan sasaran utama penjenayah.

Hernandez beraksi untuk Club Atletico Independiente de La Chorrera dan telah memperoleh dua kaps bersama skuad kebangsaan.

Setakat ini seorang daripada suspek telah ditahan pihak polis Panama.

Advertisements

Persekutuan Bola Sepak Panama (FEPAFUT) menerusi kenyataan menzahirkan rasa sedih atas pemergian pemain tersebut.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan orang yang tersayang daripada CAI dan keluarga bola sepak Panama,” katanya.

Untuk rekod, pada April 2017, seorang pemain Panama, Amilcar Henriquez juga ditembak mati di Colon.

Henriquez yang merupakan pemain tetap skuad kebangsaan telah beraksi sebanyak 85 perlawanan untuk Panama dan merupakan sebahagian pemain yang berhempas pulas cuba membawa Panama ke Piala Dunia 2018. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan