31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Polis mohon inkues anggota mati dengan 3 kesan tembak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat permohonan inkues berhubung kes anggota polis yang meninggal dunia dengan tiga kesan tembakan di Pulau Pinang, 19 Februari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya sedang menyediakan dokumen berkaitan untuk permohonan inkues.

Menurutnya, siasatan kes sudah selesai dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Polis Pulau Pinang sudah melengkapkan siasatan dan menerima laporan patologi serta hasil bedah siasat.

“Mereka sedang menyediakan dokumen sepatutnya untuk memohon inkues berhubung insiden itu bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 PDRM diBukit Aman, hari ini.

Acryl Sani berkata, pihaknya dimaklumkan anggota berkenaan pernah menghadapi masalah keluarga dan ketua polis daerah sudah memberi bantuan sewajarnya

“Atas sebab dan perkara yang tidak dapat dielak, insiden ini berlaku. Kita pun tidak tahu kenapa dia bertindak sedemikian,” katanya.

Mengenai prosedur operasi standard (SOP) pengendalian senjata, beliau berkata SOP yang termaktub diguna pakai sekian lama dan dipatuhi sewajarnya.

Menurutnya, apa yang berlaku itu adalah perkara di luar kawalan.

“Bagaimanapun, ia tidak menghalang kita mencari jalan menambah baik SOP,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan