32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Konflik manusia-hidupan liar rekod kerugian RM43.3 juta

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERUGIAN akibat serangan spesies utama hidupan liar yang direkodkan sepanjang lima tahun antara 2018 hingga 2022 adalah berjumlah RM43.3 juta.

Justeru itu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, usaha pemuliharaan hidupan liar di habitat asal perlu diperkukuhkan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dan meminimumkan konflik manusia dan hidupan liar.

Kata beliau, pengukuhan operasi penguatkuasaan berjaya merampas pelbagai produk hidupan liar seperti gading gajah, sumbu badak, sisik tenggiling dan kayu Red Sanders yang cuba diseludup melalui Malaysia sebagai destinasi transit.

“Konflik manusia dan hidupan liar boleh menyebabkan kehilangan nyawa, kecederaan, kemusnahan tanaman, kematian ternakan dan juga kemusnahan harta benda.

“Mengikut rekod, sebanyak 25 orang telah meninggal dunia dan 270 orang mengalami kecederaan akibat diserang oleh hidupan liar pada 2018 hingga 2022, katanya menerusi kenyataan hari ini.

Baca juga:   Khazanah negara: 11 ditangkap, rampas hidupan liar RM4.9 juta

Tanggal 3 Mac setiap tahun merupakan Hari Hidupan Liar Sedunia dan tema sambutan pada tahun ini adalah kerjasama pemuliharaan hidupan liar bagi menunjukkan kepentingan usaha bersepadu dalam melindungi dan memulihara hidupan liar dan habitatnya.

Dalam hal berkaitan, Nik Nazmi berkata, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sentiasa komited dalam menyokong usaha memulihara dan memelihara hidupan liar melalui penguatkuasaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 [Akta A1646], penyediaan insentif konservasi biodiversiti dan serta pelantikan renjer komuniti dan operasi bersepadu khazanah (OBK) di bawah Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (BP3).

Baca juga:   Operasi pembenihan awan bergantung permohonan kerajaan negeri

Katanya, tema sambutan pada tahun ini adalah ‘Kerjasama Untuk Pemuliharaan Hidupan Liar’ menunjukkan kepentingan usaha-usaha bersepadu yang melibatkan pelbagai pihak dalam melindungi dan memulihara hidupan liar dan habitatnya.

“Saya berharap kita semua mengukuhkan tekad mengukuhkan usaha menyelamatkan hidupan liar daripada ancaman kepupusan demi kesejahteraan generasi masa kini dan akan datang,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Enam nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan negara

ENAM nelayan warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang kerana disyaki melakukan aktiviti menangkap...

Lagi Artikel Berkaitan