Tuesday, July 21, 2026

Kerajaan luluskan peruntukan segera RM50 juta untuk banjir Johor

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

Kerajaan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM50 juta kepada negeri Johor susulan banjir terburuk yang sedang melanda negeri itu ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan tersebut adalah bagi mentalurkan bantuan kepada mangsa banjir serta membaik pulih infrastruktur yang rosak akibat bah yang melanda.

“(Peruntukan) RM50 juta untuk Johor segera, untuk sungai dan bantu mangsa banjir dan apa pun keperluan dengan segera,” katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.

Sebanyak 32,719 mangsa membabitkan 9,253 keluarga dipindahkan ke 218 pusat pemindahan sementara (PPS) di 10 daerah yang terlibat banjir sehingga pukul 12 tengah hari tadi.

Dalam pada itu, Perdana Menteri memberitahu beliau akan mengadakan lawatan ke Johor bagi meninjau situasi semasa banjir yang berlaku di selatan tanah air itu.

“Beberapa menteri turun (melawat) hari ini dan esok sebahagian lagi, saya akan atur dalam masa singkat (meninjau keadaan bah di Johor),” ujarnya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan