Sunday, July 19, 2026

PMO terima surat peletakan jawatan Rafizi, Nik Nazmi

Setelah meneliti permohonan tersebut, Perdana Menteri telah bersetuju meluluskan permohonan cuti kedua-dua menteri berkenaan.

Mesti Baca

PEJABAT Perdana Menteri (PMO) mengesahkan telah menerima permohonan peletakan jawatan dua menteri Kabinet, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, semalam.

Menurut PMO dalam satu kenyataan, pihaknya turut menerima permohonan cuti bagi kedua-dua Ahli Parlimen yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

“Pejabat Perdana Menteri mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota Kabibet daripada Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

“Setelah meneliti permohonan tersebut, Perdana Menteri telah bersetuju meluluskan permohonan cuti kedua-dua menteri berkenaan.

“Sebarang keputusan lanjut terkait perkara ini akan dimaklum kemudian oleh Perdana Menteri,” kata kenyataan itu malam tadi.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi dan Nik Nazmi yang memegang portfolio Menteri Sumber Asli dan Kelestasian Alam tewas dalam pemilihan PKR hujung minggu lalu.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden apabila tewas kepada Nurul Izzah Anwar.

Manakala Nik Nazmi pula gagal mempertahankan kerusi Naib Presiden parti yang dimenangi beliau pada pemilihan sebelum ini.

Malahan Ahli Parlimen Setiawangsa itu turut gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Setiawang apabila dikalahkan oleh oleh pengarah dan pelawak terkenal, Afdlin Shauki. – Edisi 9

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan