26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Kutipan Wakaf Masjid Hijau kurang daripada RM300,000

Mesti Baca

WAKAF Masjid Hijau (WMH) sebagai alternatif menggalakkan pelaksanaan inisiatif teknologi hijau oleh masjid dan surau hanya mengumpul sebanyak RM257,961.23 dari 2021 sehingga 31 Januari lalu.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM190,000 telah disalurkan kepada empat buah masjid bagi tujuan tersebut.

Kata kementerian itu, WMH yang diwujudkan hasil kerjasama antara Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).

“Program Rumah Ibadat Hijau (RIH) bertujuan untuk menjadikan rumah-rumah ibadat di Malaysia sebagai pusat pemangkin kelestarian alam bagi memupuk budaya gaya hidup hijau dalam kalangan ahli kariah dan komuniti setempat.

“Bagi menggalakkan penyertaan rumah-rumah ibadat dan komuniti di bawah program RIH, Kementerian mengalu-alukan sumbangan CSR daripada pihak swasta dan orang ramai ke WMH menerusi YWM,” kata kenyataan itu hari ini.

Sebelum itu Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad menghadiri majlis penyerahan sistem panel solar di Masjid Jamek Dato Klana Petra Sendeng di Seremban, Negeri Sembilan hari ini.

Advertisements

Masjid Jamek Dato Klana Petra Sendeng yang telah menerima peruntukan sebanyak RM60,00 di bawah WMH dan kutipan infak pihak masjid sebanyak RM12,000.

Sistem panel solar tersebut dijangka akan menjana 26,600 kilowatt jam tenaga boleh baharu dan penjimatan kos utiliti masjid sebanyak RM14,000 secara tahunan.

NRES berkata, bagi menggalakkan penyertaan rumah-rumah ibadat dan komuniti di bawah program RIH, Kementerian mengalu-alukan sumbangan CSR daripada pihak swasta dan orang ramai ke WMH.

Katanya, sumbangan boleh disalur menerusi akaun Yayasan Waqaf Malaysia di RHB Islamic Bank bernombor 2124-576004-6138.

“Adalah diharapkan agar penglibatan pelbagai pihak dalam pembudayaan gaya hidup hijau menerusi program Rumah Ibadat Hijau ini dapat menyumbang kepada usaha mencapai Malaysia yang lebih lestari,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan