36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tanah Rizab Melayu di Kedah, KL, Perak makin mengecil

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

TANAH Rizab Melayu di tiga negeri iaitu Kedah, Kuala Lumpur dan Perak mencatatkan penurunan.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, selain tiga negeri itu seluruh negara menunjukkan peningkatan.

Kata Nik Nazmi, secara keseluruhan Tanah Rizab Melayu meningkat 0,67 peratus kepada 4,996,406.42 hektar berbanding 4,963,190.80 pada 2021 sehingga 31 Disember lalu.

Kedah mencatatkan penurunan daripada 721,888.93 hektar kepada 716,537.28 hektar.

Kuala Lumpur daripada 1,003.56 hektar kepada 999.48 hektar dan Perak daripada 953,042.67 hektar kepada 953,040.87 hektar.

“Bagi maklumat perincian mengenai pembatalan dan penggantian
Tanah Rizab Melayu di negeri, ia direkodkan oleh pihak berkuasa negeri masing-masing.

“Ini adalah selaras dengan peruntukan Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi Tanah Simpanan Melayu yang tidak akan berkurangan keluasannya apabila berlakunya pembatalan.

“Pihak berkuasa negeri hendaklah menggantikan keluasan kawasan yang telah dibatalkan dengan tanah-tanah lain yang sama jenis dan luasnya sebagai Tanah Simpanan Melayu,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ismail Abd. Mutalib (PN-Maran) yang ingin mengetahui jumlah keluasan asal Tanah Rizab Melayu mengikut negeri di Semenanjung dan rancangan kerajaan untuk mengatasi masalah Tanah Rizab Melayu yang semakin berkurangan.

Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa memaklumkan, kerajaan tidak akan menghasilkan laporan kertas putih tidak kerana Tanah Rizab Melayu tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Tidak perlu ada kertas putih tentang soal ini. Dan sebagai mana kita maklum akhirnya soal tanah rizab melayu ini terletak di bawah bidang kuasa negeri,” katanya lagi. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan