32.5 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Tangguh sementara ambil pekerja asing elak ‘kebanjiran’

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN memutuskan untuk melaksanakan penangguhan sementara pengambilan pekerja asing bagi mengelakkan ‘kebanjiran’  golongan tersebut di negara ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, langkah itu diputuskan Kabinet sebelum ini dan kementeriannya setakat ini hanya meneruskan kelulusan yang telah diberi kepada majikan.

“Memang kita terima banyak aduan, bila luluskan kuota, berlaku kes yang mana bila pekerja sampai ke negara ini, ada yang tidak diambil di lapangan terbang. Ada juga kes yang dah luluskan kuota, tetapi majikan minta kurangkan kuota yang diminta.

“Jadi Kabinet telah putuskan tangguhkan dulu  immediate solution  keluluskan warga asing ini supaya majikan yang diluluskan ini bawa masuk dulu.

“Jika tidak, ia akan berlaku kebanjiran, proses kelulusan kuota itu tidak menepati keperluan sebenar industri,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu,  Chow Kon Yeow (DAP-Batu Kawan) dalam soalan tambahan meminta kementerian menjelaskan adakah terdapat kepincangan yang dikesan sewaktu pemindahan kuota kepada pihak ketiga.

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar pada 18 Mac lalu mengumumkan penggantungan sementara permohonan dan kelulusan kuota pekerja asing sehingga diberitahu kelak.

Baca juga:   Utama kerja pembaikan kerosakan akibat banjir - Zafrul

Penggantungan itu dibuat bagi membolehkan majikan yang mempunyai kuasa untuk meluluskan kuota membuat pengaturan yang perlu dalam membawa masuk pekerja mereka.

Bagaimanapun, Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dalam satu kenyataan 27 March lalu menggesa agar permohonan dan kelulusan kuota pekerja asing disambung semula dengan segera bagi memastikan industri yang memerlukan pekerja berpeluang mengekalkan operasi perniagaan dan memenuhi permintaan dalam tempahan mereka.

Baca juga:   70,000 OKU terbabit dadah jalani pemulihan

Mengulas lanjut, Timbalan Menteri itu turut berkata, setakat ini terdapat lapan buah negara yang masih membekalkan tenaga buruh ke negara ini iaitu Bangladesh, Republik China, Indonesia, Pakistan, Vietnam, Thailand, Nepal dan Kemboja.

Selain lapan negara berkenaan, kerajaan juga telah memuktamadkan memorandum persefahaman dengan kerajaan India pada 13 Mac 2023 dan dijangka dapat dimeterai sebelum berakhirnya pada suku pertama tahun 2023.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Enam nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan negara

ENAM nelayan warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang kerana disyaki melakukan aktiviti menangkap...

Lagi Artikel Berkaitan