30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Kedai makan dibina atas tanah rezab awam dirobohkan

Mesti Baca

SEBUAH premis kedai makan di Jalan Kelang Lama dirobohkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana didapati dibina di atas tanah rezab awam tanpa kebenaran.

DBKL berkata, tindakan penguatkuasaan meroboh struktur kedai makan tersebut dijalankan setelah pemilik membuat pengosongan peralatan dan barangan di dalam premis tersebut.

Menurut DBKL, pemilik juga telah diberikan notis pada 19 Mei 2023 tahun lalu berhubung kesalahan dan tindakan meroboh terpaksa dilakukan.

“Kesalahan telah diambil tindakan menerusi Seksyen 26, Akta Perancangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1982 dengan kerjasama pihak Air Selangor, TNB serta kawalan keselamatan dari pihak PDRM dan Penguatkuasa DBKL.

Advertisements

“Operasi bersepadu kali ini berjalan dengan lancar dan akan diteruskan dari masa ke semasa,” kata DBKL menerusi Facebook rasminya hari ini.

DBKL mengambil tindakan meroboh sebuah kedai makan haram di Jalan Kelang Lama hari ini.

DBKL berkata, kerja-kerja meroboh premis haram dilakukan dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal dan Pejabat Cawangn Seputeh.

Selain itu DBKL juga mendapat sokongan para anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pengurusan Air Sdn. Bhd. (Air Selangor) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan