28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Konflik di Sudan: 4.8 juta orang hilang tempat tinggal

Mesti Baca

KIRA-kira 4.8 juta orang kehilangan tempat tinggal di dalam dan di luar Sudan akibat konflik antara Angkatan Tentera Sudan (SAF) dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) sejak pertengahan April.

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) semalam berkata, kira-kira satu juta orang melintasi sempadan ke negara jiran.

OCHA dalam kemas kini terbaharunya berkata, sekurang-kurangnya dua juta kanak-kanak telah meninggalkan rumah mereka sejak konflik di Sudan meletus lebih empat bulan lalu.

Terdahulu Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) merayu AS$1 bilion (RM4.66 bilion) untuk menyediakan bantuan penting dan perlindungan kepada lebih 1.8 juta orang yang dijangka tiba di lima negara jiran menjelang akhir 2023 selepas melarikan diri dari konflik yang berterusan di Sudan, lapor Xinhua.

Advertisements

“Ini adalah peningkatan dua kali ganda daripada apa yang dianggarkan pada awal Mei yang diperlukan untuk menangani krisis ini,” menurut UNHCR dalam satu kenyataan.

Katanya, lebih daripada satu juta pelarian, orang yang kembali dan warganegara ketiga telah melarikan diri dari negara itu.

Sudan telah menyaksikan pertempuran bersenjata maut antara SAF dan RSF di Khartoum dan kawasan lain sejak 15 April, yang menyebabkan lebih 3,000 orang maut manakala lebih 6,000 cedera, menurut Kementerian Kesihatan Sudan. -Agensi

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan