26.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

30 rakyat Malaysia pulang ke tanah air esok – Wisma Putra

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 30 rakyat Malaysia serta 22 warga asing tiba di Jeddah, Arab Saudi pukul 8.54 malam waktu tempatan selepas mengharungi perjalanan keluar 30 jam dari Khartoum, Sudan.

Wisma Putra memaklumkan, konvoi yang diketuai Duta Besar Malaysia ke Sudan, Mohamad Razdan Jamil itu tiba di Jeddah menerusi kapal Tentera Laut Arab Saudi H.M.S Abha.

Katanya, ketibaan mereka disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah bersama pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah.

“Warga Malaysia ini berada dalam keadaan sihat dan selamat. Mereka yang dievakuasi dijangka akan melakukan perjalanan pulang melalui penerbangan Saudia SV834 pada 28 April 2023.

Advertisements

“Kerajaan Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Kerajaan Arab Saudi atas bantuan dan layanan yang baik yang diterima sepanjang operasi ini berlangsung dengan jayanya,” katanya menerusi status ringkas di Facebook hari ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir kelmarin memberitahu, 30 rakyat Malaysia yang terkandas di Khartoum tiba di Port Sudan pada 8.07 malam waktu Malaysia pada Isnin selepas perjalanan darat sejauh 1,233 kilometer yang mengambil masa 30 jam.

Katanya, dalam misi itu, Pasukan Khas (TF) Ops Sudan Malaysia juga berjaya membantu mengeluarkan 26 warganegara lain dalam proses pemindahan itu termasuk 14 warga Singapura; enam warga Kemboja; dua warga Amerika Syarikat dan masing-masing seorang warga Thailand, Filipina, Sudan dan Palestin. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan