25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Mohamad sedia teruskan dasar luar progresif, bebas, berkecuali

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

MENTERI Luar Negeri yang baharu, Datuk Seri Mohamad Hasan sedia meneruskan dasar luar Malaysia yang progresif, bebas dan berkecuali selari dengan kepentingan nasional dan peranan antarabangsa negara.

Mohamad berkata, pelantikan beliau ke kementerian tersebut seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang berat.

Beliau yang sebelum ini menerajui Kementerian Pertahanan berkata, tanggungjawab dan amanah tersebut akan dilaksanakan sebagi mungkin dengan kerjasama dan nasihat para pegawai kanan dan seluruh kakitangan Wisma Putra.

“Insya-Allah, komitmen saya ialah untuk meneruskan dasar luar yang progresif, bebas dan berkecuali, selari dengan kepentingan nasional dan peranan antarabangsa Malaysia.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Di Raja Dr Zambry Abdul Kadir atas kepimpinan beliau yang cemerlang di Kementerian Luar Negeri,” katanya yang juga Timbalan Presiden UMNO.

Advertisements

Sehubungan dengan perubahan portfolio itu, Mohamad mengucapkan terima kasih kepada pengurusan tertinggi dan seluruh warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diterajui beliau selama setahun.

“Saya sangat terhutang budi dan berterima kasih atas segala kerjasama, saranan dan bantuan yang diberikan kepada saya semasa menjawat jawatan Menteri Pertahanan.

“Pengalaman berharga yang saya di lalui di KEMENTAH akan abadi dalam kenangan untuk selamanya,” katanya sambil mengucapkan selamat bertugas kepada Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mengambil alih tugas beliau.

Ahli Parlimen Rembau itu yakin, pengalaman luas yang dimiliki oleh Mohamed Khaled yang sebelum ini menjawat Menteri Pendidikan Tinggi akan memberi manfaat besar kepada warga Kementerian Pertahanan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan