33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Ketersalinghubungan Wisma Putra, orang awam perlu diperluas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Luar Negara, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir percaya ketersalinghubungan antara kementerian itu dengan masyarakat awam perlu diperluaskan.

Beliau berkata, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi membolehkan orang awam memahami fungsi dan peranan Kementeri Luar Negeri selepas ini.

Untuk itu, katanya, adalah penting bagi kementerian menganjurkan program seperti Hari Wisma Putra 2023 yang berlangsung di perkarangan kompleks kementerian itu, semalam.

“Hari Wisma 2023 ini juga telah berjaya menarik perhatian orang awam untuk lebih memahami fungsi dan peranan Kementerian Luar Negeri.

“Hari Wisma Putra 2023 yang berlangsung semalam juga telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa.

“Lebih daripada 6, 000 pengunjung telah hadir memeriahkan Hari Wisma Putra,” katanya menerusi Facebook beliau.

Advertisements
Antara kedutaan asing yang mengambil bahagian dalam Hari Wisma Putra di Putrajaya.

Antara yang hadir termasuk Duta-Duta Besar negara-negara lain di Malaysia.

Hari Wisma Putra yang bertemakan ‘Bersama Merakyatkan Diplomasi’ dimeriahkan dengan pameran identiti dan persembahan kebudayaan oleh 19 buah negara.

Zambry berkata, pihaknya bercadang untuk mengadakan pelbagai program lain pada masa akan datang yang turut melibatkan masyarakat awam.

“Setinggi perghargaan kepada semua warga Wisma Putra dan agensi kerajaan lain yang bertungkus-lumus memastikan Hari Wisma Putra 2023 berlangsung dengan jayanya.

“Bersama kita perhebatkan Malaysia di persada antarabangsa,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan