32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Isu pelepasan air radioaktif: PM harap Jepun terima pandangan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Jepun akan terus mengambil kira pandangan dan cadangan pelbagai pihak berhubung isu pelepasan air radioaktif yang dirawat dari loji nuklear Fukushima Daiichi (Fukushima) ke Lautan Pasifik.

Malaysia bagaimanapun kata beliau, berpuas hati dengan laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berhubung isu berkenaan serta jaminan yang dikeluarkan mengenai kesan radiologi.

“Dalam perbincangan, kami ada menyentuh mengenai pelepasan air terawat daripada loji nuklear di Fukushima. Saya beri jaminan kepada Kishida, (Malaysia) akan terus dapatkan produk dari Jepun.

“Walaupun Jepun memberi jaminan bahawa pelepasan air terawat terbabit tidak memberi kesan radiologi kepada alam sekitar dan manusia seperti terdapat dalam laporan IAEA, saya berharap Kishida akan terus mengambil kira maklum balas, pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Kishida sempena lawatan kerja Perdana Menteri Jepun itu ke Malaysia.

Advertisements

Katanya, kerajaan optimis pelaburan langsung asing (FDI) dari Jepun akan melebihi RM30 bilion (AS$6.33 bilion) tahun ini, berikutan keyakinan tinggi pelabur negara berkenaan terhadap Malaysia.

Keyakinan itu, kata Anwar yang juga Menteri Kewangan adalah berdasarkan komitmen kedua-dua negara untuk memperkasakan lagi hubungan dua hala dalam kerjasama ekonomi.

“Kedatangan Kishida ke Malaysia bertepatan pada masanya, ketika hubungan dua hala kita semakin kukuh dan kita sedang memperhebatkan lagi kerjasama dalam perdagangan serta pelaburan, pembangunan industri, pembinaan kapasiti, pelancongan, pendidikan, pertukaran budaya termasuk sains dan teknologi.

“Tahun lalu, kedua-dua negara bersetuju untuk mengangkat hubungan dua hala ke peringkat ‘Kerjasama Strategik Menyeluruh (CPS)’.

“Susulan itu, kami berdua komited untuk memuktamadkan perincian terhadap kerjasama baharu ini yang saya yakin akan membawa hubungan kita ke peringkat seterusnya,”katanya pada sidang media bersama Kishida sempena lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Jepun itu ke Malaysia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan