27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Bersatu gantung keahlian Iskandar Dzulkarnain 4 tahun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JAWATANKUASA Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keahlian serta kesemua jawatan dalam parti membabitkan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid berkuatkuasa 3 November.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat lembaga disiplin yang berlangsung semalam.

“Setelah diteliti dengan sehalusnya segala bukti dokumentasi, keseriusan kesalahan, implikasi serta impak kepada parti dan juga surat penjelasan daripada YB Datuk Iskandar Dzulkarnain, Jawatankuasa Lembaga Dsiplin mendapati beliau bersalah di bawah Fasal 22.1 (f) Perlembagaan Bersatu.

“Sehubungan dengan itu, YB Datuk Iskandar Dzulkarnain digantung keahliannya berserta kesemua jawatan dalam parti yang dipegang bagi tempoh empat tahun berkuatkuasa dari tarikh keputusan dan hukuman, iaitu 3 November 2023,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Kelmarin, Bersatu mengumumkan mengambil alih pentadbiran parti itu di Kuala Kangsar dan Labuan selepas ahli Parlimennya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 12 Oktober Iskandar Dzulkarnain memutuskan untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri mulai berkuatkuasa serta merta.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya.

“Saya percaya ekonomi negara perlu ditingkatkan demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Oleh yang demikian, saya menyokong YAB Perdana Menteri atas apa-apa usaha yang dilakukan untuk mengukuhkan ekonomi negara,” menurutnya dalam satu kenyataan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan