32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam banjir di Libya

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Luar Negeri (KLN) mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat atau terjejas dalam banjir yang melanda wilayah timur Libya setakat hari ini.

KLN menerusi kenyataan berkata, dua rakyat negara ini yang berada di Marsa El Brega, Libya telah dapat dihubungi dan disahkan selamat.

“Malaysia menzahirkan rasa simpati yang mendalam dan mengucapkan takziah kepada semua mangsa dan keluarga yang terjejas oleh Taufan Daniel.

“Setakat 14 September 2023, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat banjir yang melanda wilayah timur Libya ini. Dua rakyat Malaysia yang berada di Marsa El Brega telah dapat dihubungi dan disahkan selamat,” katanya hari ini.

Taufan Daniel yang melanda wilayah Timur Libya pada hari Ahad lalu telah menyebabkan dua empangan di bandar Derna pecah dan mengakibatkan banjir besar.

Advertisements

Bencana alam itu telah mengorbankan lebih daripada 8,000 nyawa manakala 10,000 yang lain masih hilang.

Angka korban banjir ini dijangka akan terus meningkat mengambil kira usaha- usaha mencari dan menyelamat masih sedang giat dijalankan.

KLN berkata, pihaknya sedang memantau perkembangan semasa pasca Taufan Daniel.

“Susulan penutupan sementara Kedutaan Besar Malaysia di Libya sejak 2014, rakyat Malaysia di negara itu yang memerlukan khidmat nasihat yang berkaitan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan