31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Perjanjian sempadan Malaysia-Indonesia atas nasihat pakar – KLN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMETERAIAN Triti Selat Melaka dan Triti Laut Sulawesi antara Malaysia dan Indonesia menerusi Persepadanan Laut Wilayah (Separa) telah mengambil kira nasihat dan pandangan pakar maritim negara.

Kementerian Luar Negeri (KLN) berkata, itu merupakan hasil proses rundingan selama 18 tahun yang melibatkan aspek-aspek teknikal, perundangan, ekonomi dan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. 

Katanya, kali terakhir Triti seumpama itu dimeterai antara Malavsia dan Indonesia adalah pada 53 tahun lalu iaitu Triti 1970.

“Kerajaan tidak pernah dan tidak akan sekali-kali mengambil ringan dalam membuat sebarang ke putusan yang melibatkan isu kedaulatan Malaysia, termasukisu berhubung persempadanan maritim.

“Rundingan mengenai pembatasan laut wilayah di kawasan paling selatan Selat Melaka dan laut wilayah di Laut Sulawesi telah berlangsung selama 18 tahun bermula pada 2005. 

“Sebanyak 39 mesyuarat di peringkat Pasukan Rundingan Pembatasan Sempadan Maritim Malaysia dan Indonesia telah diadakan. Mesyuarat ke-39 diadakan pada 11-13 Oktober lalu. 

Advertisements

“Di samping itu, mesyuarat-mesyuarat di peringkat kumpulan kerja teknikal turut diadakan sepanjang tempoh tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pasukan Rundingan Pembatasan Sempadan Maritim Malaysia diterajui KLN dan dianggotai agensi-agensi seperti  Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Peguam Negara (AGC), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) dan Pusat Hidrografi Nasional (PHN). 

Pasukan Rundingan Pembatasan Sempadan Maritim Malaysia turut melibatkan agensi-agensi lain serta pihak-pihak yang berkaitan, termasuk kerajaan negeri, dalam merangka strategi dan pendekatan semasa proses rundingan.

Dalam pada itu KLN turut menafikan tidak pernah mengeluarkan dokumen lima muka surat bertajuk Nota Memorandum Daripada Menteri Luar Negeri Penyelesaian Isu Sempadan Maritim Malaysia-Indonesia.

“Kementerian kesal dengan dakwaan sesetengah pihak yang didasarkan pada dokumen tersebut, walaupun jelas menyeleweng daripada fakta sebenar dan terkini berhubung proses rundingan Triti Selat Melaka dan Triti Laut Sulawesi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan