32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Zambry ketua delegasi Malaysia ke AMM bermula hari ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN (AMM) ke-56 dan mesyuarat berkaitan selama empat hari bermula hari ini.

Kementerian Luar Negeri (KLN) berkata, pada AMM yang diadakan di Jakarta, Indonesia kali ini, Zambry dijadualkan menyertai beberapa mesyuarat.

Katanya, ini termasuk pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN +1 (PMC +1) dengan negara-negara rakan dialog secara berasingan (Amerika Syarikat (AS), Australia, China, India, Japan, Kanada, Kesatuan Eropah, New Zealand, ROK, Rusia dan United Kingdom (UK).

“Menteri Luar Negeri dan Menteri Luar Kanada akan mempengerusikan secara bersama Mesyuarat PMC +1 dengan Kanada kerana Malaysia merupakan negara penyelaras untuk hubungan dialog ASEAN-Kanada bagi tempoh 2021-2024.

“Zambry juga dijangka mengadakan pertemuan dua hala dengan beberapa rakan sejawat dari AS, Bangladesh, China, India, Kanada, Norway, Singapura, Timor Leste dan UK,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Advertisements

AMM ke-56 merupakan platform kepada negara untuk berkongsi dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu berkepentingan bersama termasuk usaha pemulihan ekonomi, rantaian bekalan global, keterjaminan makanan, perubahan iklim dan peralihan tenaga.

Penyertaan Malaysia mencerminkan komitmen negara dalam mengekalkan keamanan, kestabilan, dan kemakmuran di Asia Tenggara terutamanya apabila rantau ini menghadapi ketidaktentuan pada aspek keselamatan dan sosio-ekonomi.

KLN berkata, Zambry turut akan menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN Campur Tiga ke-24 (APT FMM ke-24) dan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri Sidang Kemuncak Asia Timur ke-13.

Selain itu katanya, beliau akan hadir ke Mesyuarat Suruhanjaya Kawasan Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) dan Mesyuarat Suamuka bersama wakil-wakil Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR); dan Forum Serantau ASEAN ke-30 (ARF ke-30). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pau Marti bakal ucap ‘adios’ kepada skuad Harimau Malaya

PIALA Mitsubishi Electric ASEAN 2024 yang akan bermula Ahad ini bakal menjadi tugasan terakhir Pau Marti Vicente sebagai Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan