28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Persaingan UMNO, Pas ijtihad politik – Asyraf Wajdi

Persaingan antara kedua-dua parti bukannya melibatkan permusuhan khususnya dalam akidah Islam.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERSAINGAN antara UMNO dan Pas dalam politik negara adalah ijtihad politik, iaitu perlumbaan untuk melakukan kebaikan,” kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau membuat hantaran ringkas di Facebook tersebut dipercayai berkait rapat dengan situasi politik negara ketika ini, khususnya melibatkan kedua-dua parti yang semakin hangat memancing hati rakyat menjelang enam Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Tegas beliau, persaingan antara kedua-dua parti bukannya melibatkan permusuhan khususnya dalam akidah Islam.

“Persaingan antara UMNO-Pas adalah ijtihad politik iaitu perlumbaan melakukan kebaikan, bukannya permusuhan akidah Islam atau bukan Islam,”katanya hari ini.

Suhu politik negara semakin panas kebelakangan ini menjelang PRN di enam negeri yang bakal berlangsung pada 12 Ogos.

Advertisements

Pas kini menyerang UMNO dengan pelbagai tokmahan dan gelaran termasuk mengharamkam sesiapa yang mengundi parti itu ekoran langkah parti Melayu terbesar itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Sebelum ini, UMNO dan Pas menjalin kerjasama selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu melalui Muafakat Nasional (MN).

Bagaimanapun hubungan tersebut ‘terlerai’ selepas Pas bersama Bersatu menubuhkan Perikatan Nasional (PN).

Kedua-dua parti tersebut kemudiannya menjadi ‘seteru’ pada PRU-15 lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia tambah aset, bakal miliki empat helikopter AW189

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal memiliki empat buah helikopter jenis Agusta Westland AW189 ‘medium lift’ menerusi satu...

Lagi Artikel Berkaitan