32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Polis serbu tempat proses, simpan arak tiruan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menyerbu tempat pemprosesan dan penyimpanan arak tiruan membabitkan jumlah rampasan bernilai RM241,000 dalam serbuan dilakukan ke atas sebuah premis di Skudai pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner M Kumar berkata, serbuan yang dilakukan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua itu pada jam 10.30 malam turut membawa kepada penahanan seorang lelaki dan merampas sejumlah besar kotak berisi pelbagai jenis minuman keras disyaki tiruan.

“Turut dirampas dalam serbuan itu, adalah peralatan yang digunakan untuk memproses minuman keras (tiruan) tersebut,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements
Kotak berisi pelbagai jenis minuman keras disyaki tiruan yang dirampas dalam serbuan terbabit.

Menurut beliau, suspek warga tempatan berusia 35 tahun itu kini ditahan reman selama 14 hari bermula Isnin.

“Sehubungan dengan itu, kes akan disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 iaitu memiliki barang tidak berkastam atau bahan larangan.

“Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai barang tersebut atau RM100,000 yang mana lebih besar, atau dikenakan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan