26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Usia 98 tahun, Tun M harap dapat terus beri khidmat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menitipkan harapan untuk terus bekerja sekali gus memberi khidmat bakti kepada orang ramai meskipun usia kini menginjak ke 98 tahun.

“Saya sekarang 98 tahun, tapi saya masih mampu bercakap, berfikir, berbincang dan berdebat.

“Dengan media, ya seperti yang semua tahu bahawa saya masih mampu menjawab semua soalan diberikan. Saya harap untuk meneruskan kerja-kerja yang telah saya laksanakan.

“Reaksi yang sangat saya teruja serta berharap saya mampu untuk menjadi seorang yang berguna dalam pengakhiran hidup saya,” katanya menerusi video tersebut,” katanya yang menyambut hari kelahirannya yang ke-98 semalam.

Beliau menitipkan harapan sedemikian menerusi video dimuat naik di media sosial.

Beliau turut menceritakan menerima ucapan hari kelahirannya semalam daripada orang ramai termasuk mereka dari luar negara.

“Saya amat gembira kerana menerima banyak ucapan selamat hari jadi ke-98 bagi diri saya. Saya amat menghargai ingatan tuan puan berkenaan dengan umur saya yang sudah lewat ni.

Advertisements

“Dalam masa sama, banyak juga dari luar negara yang juga mengucapkan selamat hari lahir dan saya sangat menghargainya.

“Malah, saya akan terus berpegang kepada mereka yang memberi sokongan terhadap apa yang saya cuba buat untuk Malaysia,”jelasnya.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir turut berharap hubungannya bersama masyarakat termasuk penyokong dari luar akan berterusan.

“Sekali lagi terima kasih kepada komen-komen anda, sokongan dan kritikan. Saya harap saya akan terus berikan khidmat kepada mereka yang masih memberikan sokongan kepada saya,” katanya.

Sementara itu, video itu turut memaparkan sambutan hari kelahiran beliau di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya selain memetik ucapan beliau ketika majlis tersebut.

“Seperti biasa saya masih aktif dalam politik dan ada benda saya buat, orang suka dan tak suka. Tapi saya buat ikhlas untuk perbaiki keadaan dalam negara.

“Itu hasrat saya dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan