28.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Keputusan STPM dikeluarkan Khamis ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Peperiksaan Malaysia (MPM), memaklumkan bahawa keputusan
peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2022 akan
dikeluarkan pada Khamis ini.

MPM menerusi kenyataan dikeluarkan berkata, sebanyak 41,701 calon telah menduduki peperiksaan STPM Tahun 2022 di 659 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan sebanyak 5,668 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini.

“Calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta, persendirian individu
boleh mendapatkan keputusan masing-masing melalui kaedah yang
berikut seperti calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta boleh
memperoleh keputusan peperiksaan STPM 2022 dari sekolah masing-masing mulai jam 11:30 pagi.

“Atau secara dalam talian di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM Tahun 2022 mulai jam 11:30 pagi.

Advertisements

“Atau secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2022 dengan menaip STPMNo.K/PAngka Giliran dan hantar ke 15888.

Ujar MPM, sistem ini akan diaktifkan mulai jam 1 pagi pada Khamis ini sehingga jam 12 tengah hari pada 23 Julai 2023.

“MPM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon STPM Tahun 2022,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan