30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

BERSIH mohon sumbangan RM60,000 pantau PRN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) memohon sumbangan orang ramai bagi menggerakkan pasukan pemantaunya sepanjang pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

BERSIH menganggarkan kos bagi keseluruhan program itu mencecah RM60,000 melibatkan 89 pemantau untuk memantau kesalahan pilihan raya di 61 Dewan Undangan Negeri (DUN).

BERSIH dalam kenyataan berkata, dengan hampir 10 juta undi dipertaruhkan dalam enam pilihan raya negeri, BERSIH merancang untuk menjalankan aktiviti pemantauan pilihan raya.

“Ianya termasuk menggerakkan dan melatih 89 pemerhati pilihanraya untuk memantau kesalahan pilihan raya di 61 kerusi panas.

“Selain itu, bagi membantu menentang maklumat salah dengan mengemas kini laman web pemantauan pilihan raya khusus untuk aduan orang ramai mengenai kesalahan pilihan raya dan isu berkaitan lain di www.pemantau.org,”katanya.

Advertisements

Dalam pada itu, BERSIH berkata, pihaknya juga akan menjalankan aktiviti lain seperti memberi pendidikan pengundi melalui penubuhan pusat panggilan untuk pertanyaan berkaitan urusan pilihan raya seperti pendaftaran pemilih, undi pos, pusat mengundi dan isu-isu lain yang berkaitan.

“Di samping, melancarkan kempen awam untuk meningkatkan peratusan keluar mengundi (#VoteLokal) dan menggalakkan pengundi luar negeri kembali mengundi di kawasan DUN masing-masing.

BERISH berkata, jumlah keluar mengundi yang tinggi adalah penting untuk demokrasi dan menambah kesahihan kepada keputusan pilihanraya dan kerajaan negeri baharu.

PRN pada 12 Ogos depan membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tak dapat cukup pendidikan?

Oleh DR ABD RAZAK ZAKARIA LAPORAN Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran dan pendidikan di Malaysia baru-baru ini sedikit memberi kesan...

Lagi Artikel Berkaitan