31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Pengurangan harga jalur lebar akhir September – SKMM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PELAKSANAAN pengurangan harga jalur lebar susulan penguatkuasaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) pada 1 Mac lalu hanya akan dilaksanakan pada akhir September.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, ini kerana pengurangan harga hanya akan berlaku sejurus perjanjian capaian dimuktamadkan antara pihak penyedia perkhidmatan.

Ketika ini, katanya, kebanyakan penyedia perkhidmatan sudah atau sedang dalam proses untuk menerbitkan Reference Access Offer (RAO). 

“Rundingan perjanjian capaian akan bermula berdasarkan kepada RAO yang diterbitkan dan dijangka dimuktamadkan menjelang akhir September. 

“Oleh yang demikian, pengurangan harga runcit untuk perkhidmatan jalur lebar tetap dijangka berlaku selepas itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, SKMM berkata, kerajaan telah melancarkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Internet Tetap pada awal Februari lalu.

Katanya, itu bertujuan membantu golongan B40, veteran, golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas pada harga yang lebih rendah, dengan kelajuan sehingga 30Mbps. 

Advertisements

“Langganan pakej berkenaan adalah untuk tempoh selama 24 bulan dan harganya adalah RM69 sebulan, menyediakan kelajuan Internet sehingga 30Mbps dengan data tanpa had dan telah tersedia sejak Mac lalu. 

“Harga bagi pakej ini adalah 22 peratus jauh lebih murah berbanding dengan harga sedia ada untuk pakej dan kelajuan yang sama iaitu RM89,” ujarnya.

Di bawah pakej ini, katanya, pelanggan boleh menikmati penjimatan sebanyak RM480 sepanjang tempoh kontrak. 

Tambahnya lagi, sehingga kini, sejumlah 6,066 pelanggan telah melanggan untuk pakej jalur lebar tetap itu.

“Selain itu, pakej PPR/ PA @MyKabel telah dilancarkan pada April, pada harga RM69 sebulan dengan kontrak selama 24 bulan pada kelajuan 100Mbps dengan data tanpa had. 

“Pakej PPR/ PA @MyKabel menyasarkan penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) dan golongan B40 bagi membantu aktiviti seharian mereka,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan