25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Kerajaan jamin tiada kenaikan harga melampau – KPDN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN memberi jaminan bahawa tiada kenaikan harga barang keperluan asas secara melampau sehingga akhir tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya akan sentiasa memantau dan mengawal harga barang termasuk gula dan barang bukan kawalan termasuk minyak masak botol.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertanggungjawab setiap hari untuk memantau harga barangan asas rakyat dan setakat ini, tinjauan mendapati barang bersubsidi seperti telur, ayam, RON95 dan diesel tidak pernah naik dan tidak mungkin naik.

“Minyak masak peket bersubsidi yang dijual RM2.50 juga tidak naik, begitu juga harga minyak masak botol juga dilihat tiada kenaikan malah ada yang menjualnya lebih rendah daripada harga ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan tinjauan harga barang di sebuah pasar raya di ibu negara hari ini.

Advertisements

Media sebelum ini melaporkan harga barang dijangka naik sehingga 20 peratus menjelang Oktober dengan didorong dua faktor utama seperti inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan.

Beliau berkata, kementerian tidak menerima sebarang aduan berkaitan harga barang  asas seperti yang didakawa beberapa pihak.

Enggan lepas tangan, tegas beliau, sekiranya perkara itu berlaku, orang ramai diminta melaporkannnya kepada KPDN untuk tindakan selanjutnya diambil.

“Terus laporkan dengan segera kepada KPDN dan kita akan ambil tindakan serta-merta,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan