27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

PRN: Amirudin bayang hasrat kekal terajui Selangor

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberi bayangan mahu kekal menerajui kepimpinan kerajaan negeri jika gabungan Kerajaan Perpaduan menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), bulan depan.

Pengerusi PH Selangor itu berkata, beliau mahu membantu kerajaan negeri melengkapkan pelaksanaan pelbagai pelan pembangunan yang dirangka bagi kelestarian ekonomi dan kesejahteraan rakyat Selangor.

“Walaupun pelan itu adalah kerja berpasukan, saya bertanggungjawab melunaskan dan melengkapkan pelaksanaan pelan yang telah ditawarkan terutamanya dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

“Hasrat ini juga seiring dengan komitmen saya untuk terus mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua yang saya sandang ketika ini,” katanya dalam temu bual bersama Bernama.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata, hasrat tersebut sekali gus menafikan khabar angin bahawa terdapat perancangan untuk menukar kedudukannya daripada menteri besar kepada menteri Kerajaan Pusat selepas PRN.

Advertisements

Menurut Amirudin, secara umumnya kepimpinan PH di peringkat negeri sepakat dan bersetuju untuk beliau terus mentadbir Selangor sebagai Menteri Besar.

“Cakap-cakap di luar sana banyaklah… Ada yang kata saya akan ke Persekutuan, tukar dari menteri besar kepada menteri kabinet tetapi sebagaimana saya, PH Selangor juga cenderung dan sepakat untuk saya kekal sebagai Menteri Besar.

“Setakat ini perbincangan dengan Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pun tiada perancangan untuk saya bertukar atau sebagainya,” katanya.

Amirudin merupakan menyandang kerusi DUN Sungai Tua sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada dan terus kekal dalam tempoh tiga penggal berturut-turut. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan