31.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Kerajaan rangka dasar banteras budaya Ali Baba – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan mengkaji dan merangka dasar dan strategi perundangan yang bersesuaian bagi membanteras aktiviti rent-seeking atau Ali Baba di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana budaya tersebut membawa kerugian mencecah sekitar satu peratus daripada keluaran dalam negara kasar KDNK.

Katanya, ia melibatkan aspek perolehan, perlesenan, pemberian permit dan kuota, serta pemberian subsidi dan geran.

“Secara prinsip bahawa budaya Ali Baba memberi dampak negatif kepada ekonomi dan kerajaan serius untuk menangani dan membasmi aktiviti ini.

“Oleh itu, Kementerian Ekonomi dan Jabatan Peguam Negara dengan penglibatan kementerian dan agensi kerajaan akan mengkaji dan merangka dasar dan strategi perundangan yang bersesuaian.

“Ini bagi membanteras aktiviti rent-seeking dan membentangkan cadangan kepada Jemaah Menteri,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Advertisements

Budaya Ali Baba merupakan salah satu daripada dua perkara utama yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan Perdana Menteri semalam.

Satu lagi perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah inisiatif Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR).

Anwar berkata, kerajaan akan mempercepat inisiatif Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) sebagai pemangkin kepada strategi mengangkat negara sebagai peneraju serantau dalam tenaga boleh baharu. 

“Fasa pertama NETR akan mengetengahkan sepuluh projek rintis perdana yang strategik dan bernilai tinggi sebagai langkah pelaksanaan Dasar Tenaga Negara 2022-2040 dengan jangkaan pelaburan bernilai RM25 bilion.

“Selain itu, mewujudkan 23,000 pekerjaan berkualiti tinggi dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida setara melebihi 10,000 gigagram secara bertimbunan (cumulative). 

Perdana Menteri berkata, peluncuran NETR fasa pertama akan diadakan pada 27 Julai ini dan disusuli peluncuran fasa kedua pada Ogos. –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan