Monday, June 22, 2026

Penjawat awam ditahan buat buat komen jelik 3R di Tiktok

Mesti Baca

SEORANG penjawat awam ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung komen jelik melibatkan 3R (agama, bangsa dan raja) yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, pihaknya telah menjalankan soal siasat terharap lelaki berusia 29 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

“SKMM telah menemukan akaun Tiktok yang disiasat pada telefon pintar suspek.

“Kesemua barangan kes yang berkaitan dirampas dan disita untuk siasatan lanjut,” kata SKMM menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, SKMM menyerahkan Notis Kehadiran pada hari yang sama kepada suspek mengikut prosedur yang ditetapkan.

Jelas suruhanjaya itu, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan untuk tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi dalam talian untuk membuat sebarang hantaran dan komunikasi yang bertentangan dengan undang-undang di negara ini, khususnya kandungan melibatkan 3R yang berpotensi menggugat ketenteraman awam.

Sementara itu, tegas SKMM, penjawat awam juga diingatkan untuk tidak menggunakan media sosial bagi tujuan menyebarkan mesej yang melanggar undang-undang negara.

Katanya, perkara itu terkandung dalam peringatan berkaitan arahan larangan membuat pernyataan awam oleh pegawai awam. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan