30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024

BERSIH tidak layak beri penarafan kepada kerajaan – Puad

Mesti Baca

GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) tidak layak memberi penarafan kepada pentadbiran kerajaan Perpaduan hari ini kerana mereka tidak konsisten, amat selektif, berat sebelah dan banyak berbohong.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, sehingga hari ini BERSIH gagal memberikan bukti bahawa Barisan Nasional (BN) mengimport pengundi hantu dari Bangladesh sepertimana yang mereka dakwa sebelum ini.

Beliau berkata, BERSIH juga membisu apabila Tun Richard Malanjum dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Mulanya memang excited (teruja) bila baca tajuk ‘Kerajaan Madani diberi gred D’ tetapi oleh kerana BERSIH yang bagi gred D itu maka excitement (keterujaan) itu hilang.

“BERSIH mana ada kelayakan beri penarafan. BERSIH tidak konsisten, amat selektif, berat sebelah dan juga banyak berbohong. Sampai sekarang gagal beri bukti BN import pengundi hantu dari Bangladesh.

“BERSIH membisu apabila Richard Malanjum dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Ada tokoh BERSIH dalam SPR. Apa reformasi mereka buat? Maria Chin tidak menyerlah pun masa jadi ahli parlimen Petaling Jaya. Patut mereka itu yang diberi gred D,” kata Mohd Puad menerusi Facebooknya hari ini.

Advertisements

Beliau mengulas pembentangan Laporan Penilaian Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Sambutan Lapan Tahun Selepas BERSIH 5.

Dalam laporan tersebut, BERSIH memberikan gred D iaitu bersamaan dengan 45.8 peratus kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang dua tahun pentadbiran mereka.

Pengerusinya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pemarkahan yang dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menunjukkan wujud jurang besar daripada aspek kemajuan, progres dan tindakan ke arah pelaksanaan reformasi oleh kerajaan semasa.

Jelas beliau, Bersih ingin menekankan bahawa manifesto pilihan raya tetap terikat walaupun parti lain menyertai gabungan dan ia sepatutnya memberikan kelebihan dalam memenuhi kesemua agenda reformasi.

“Berdasarkan perkiraan yang kami nyatakan sebentar tadi, 70 peratus skala pemarkahan berdasarkan usaha memenuhi manifesto dan beberapa perbandingan lain, hasilnya hanya 45.8 peratus.

“Apa maknanya? Berlaku perubahan perlahan ke atas reformasi dan terdapat jurang signifikan ke arah pelaksanaan reformasi.

“Secara keseluruhannya ada progres dilakukan oleh kerajaan namun bagi kami ia masih lagi tidak mencukupi dan perlu lebih baik daripada itu,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bahasa kebangsaan identiti negara yang tidak wajar dipersoal

Oleh PROF MADYA DR SALINAH JAAFAR BAHASA Melayu atau bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.  Sewajarnyalah penggunaan...

Lagi Artikel Berkaitan