27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

RM26.4 juta kerugian akibat jenayah komersial di Johor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Johor merekodkan nilai kerugian membabitkan jenayah komersial sebanyak RM26.4 juta bagi tempoh Januari sehingga 26 Februari tahun ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, jumlah tersebut menunjukkan pengurangan sebanyak RM94.3 juta berbanding pada tahun lalu.

Beliau berkata, siasatan kes jenayah komersial membabitkan 707 kes di mana kes penipuan tertinggi iaitu 544 kes atau 76.9 peratus.

“Ia diikuti kes jenayah siber sebanyak 102 kes atau 14.4 peratus dan ah long sebanyak 32 kes atau 4.5 peratus.

“Bagi kes penipuan melibatkan belian dalam talian atau online sebanyak 108 kes dicatatkan diikuti kes tawaran kerja dalam talian sebanyak 101 kes dan Macau Scam 77 kes,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, Polis Kontinjen Johor menyeru orang ramai agar lebih berhati-hati terutama apabila berurusan di atas talian bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

“Semak terlebih dahulu talian telefon dan akaun bank yang digunakan suspek melalui aplikasi ‘semak mule’ yang disediakan JSJK bagi ketahui samada talian atau nombor akaun bank terlibat dalam mana-mana kes jenayah komersial.

“Sekiranya sudah menjadi mangsa penipuan, orang ramai diminta menghubungi National Scam Response Centre (NRSC) di talian 997 sebagai tindakan awal menyekat pengaliran keluar wang dari akaun suspek,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan