26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Malaysia nyata hasrat tambah kuota haji tahun depan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA menyatakan hasrat untuk penambahan kuota haji rasmi kepada 31,950 pada tahun hadapan, selaras dengan pertambahan jumlah penduduk negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, hasrat itu disampaikan dalam pertemuan bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al Rabiah sempena alawatan kerja tiga hari ke Malaysia bermula semalam.

Beliau berkata, saban tahun Operasi Haji Malaysia yang diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji berjalan lancar hasil hubungan erat ini yang telah lama terjalin.

“Pada operasi haji yang lalu contohnya, Malaysia telah sekali lagi menjadi antara negara yang terpilih untuk program “Makkah Route” yang ternyata memberi kemudahan kepada jemaah haji negara setibanya mereka di Lapangan Terbang Arab Saudi kerana semua proses imigresen dan kastam telah dilakukan di KLIA.

“Program ‘Makkah Route’ jelas membuktikan komitmen tinggi Kerajaan Arab Saudi dalam menyantuni para Dhuyufurrahman di seluruh dunia.

“Justeru Malaysia amat bertuah dan bersyukur kerana terus dipilih untuk menikmati kemudahan ini.

“Oleh demikian, bagi membolehkan lebih ramai umat Islam di Malaysia menunaikan fardu haji, kita juga memohon pertimbangan khas dari Kerajaan Arab Saudi berhubung perkara itu (tambahan kuota haji),” katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements

Kuota haji jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini ialah 31,600.

Mohd Na’im berkata, bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan kerjasama serta perkhidmatan yang terbaik yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi terutamanya Kementerian Haji & Umrah kepada Malaysia pada setiap musim haji.

“Sudah tentu dengan kunjungan Dr. Tawfiq Fawzan Muhammed Al Rabiah serta Delegasi ini, amat bermakna bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara terutamanya yang melibatkan hal-hal berkaitan haji dan umrah,” katanya.

Antara pengisian lain dalam kunjungan ini, delegasi Dr. Tawfiq Fawzan Muhammed Al Rabiah telah dibawa meninjau perjalanan Kursus Bimbingan Haji dan juga proses pengendalian jemaah haji di Stesen Berlepas Movenpick Hotel & Convention Centre yang dilaksanakan oleh Tabung Haji.

Beliau berkata, Alhamdulillah pada Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 yang berlangsung di Jeddah, Arab Saudi baru-baru ini, Tabung Haji telah menerima Anugerah Labbaitom bagi kategori Perkhidmatan Bimbingan Haji Terbaik Dunia Islam.

“Anugerah ini amat bermakna buat Tabung Haji khususnya dan Malaysia amnya, kerana ia jelas menunjukkan pengiktirafan Kerajaan Arab Saudi atas keupayaan kita memberi bimbingan ibadat haji, dalam usaha melahirkan jemaah haji yang berilmu dan berdisiplin ketika melaksanakan haji.

“Semoga hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi akan terus diperkukuhkan demi kebajikan para Dhuyurfurrahman setiap tahun, Insya-Allah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan