25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, December 1, 2023

Sistem MLFF dijangka dilaksanakan pada 2025

Pelbagai lagi perkara berkaitan perlu diperhalusi, sebab ia melibatkan syarikat konsesi yang banyak serta melibatkan dari segi perundangan, segi kawal selia disamping persediaan membangunkan sistem itu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SISTEM pembayaran tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) dijangka akan dapat dilaksanakan pada tahun 2025.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, buat masa ini pelaksanaan sistem berkenaan masih lagi dalam proses perundingan bersama syarikat konsesi lebuh raya.

“Bagaimanapun, kita berharap ianya dapat disegerakan pada penghujung 2024.

“Ini kerana, pelbagai lagi perkara berkaitan perlu diperhalusi, sebab ia melibatkan syarikat konsesi yang banyak serta melibatkan dari segi perundangan, segi kawal selia, persediaan membangunkan sistem itu dan teknologi yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam rancangan temu bual Naratif Khas yang bertajuk OPS: Pengurusan Trafik Efisien dan Moden, malam tadi.

Menurutnya, sistem MLFF akan lebih memudahkan pembayaran pengguna lebuh raya dengan menggunakan sistem tol gantri yang dilengkapi dengan kamera pengesan.

Pada 27 Mac lalu, Nanta telah mengumumkan Lebuh raya Sungai Besi (Besraya) telah terpilih sebagai lokasi bukti konsep (POC) MLFF yang pertama, yang akan dilaksanakan pada penghujung Oktober 2023.

Sementara itu, beliau berkata, Lebuh raya Maju Expressway (MEX) dan rangkaian lebuh raya di bawah IJM Corporation Bhd (IJM), akan memulakan sistem pembayaran tol OPS atau sistem pembayaran terbuka pada September ini, sebelum ia diperluaskan kepada 10 lagi syarikat konsesi yang terlibat.

“OPS ini dapat memberikan pilihan pembayaran (tol) kepada pengguna dengan lebih fleksibel.

“Ini kerana ia boleh dibayar menggunakan kad debit, kad Visa ataupun Mastercard. Akan datang, kita (Kementerian Kerja Raya) akan mengambil kira pembayaran e-Wallet,” katanya. – Edisi 9

Terkini

KKM rekod lima kes baharu cacar monyet

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan lima kes baharu jangkitan cacar monyet dalam tempoh 31 Oktober hingga semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan...

Lagi Artikel Berkaitan