34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

United pada fasa akhir lengkapkan perpindahan Onana

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERPINDAHAN Andre Onana ke Manchester United dari Inter Milan kini sudah masuk ke fasa akhir dan dijangka akan dimuktamadkan dalam minggu ini.

Menurut sumber terdekat daripada penjaga gol Cameroon itu, perpindahan bernilai RM254.7 juta itu akan dimuktamatkan apabila Onana bersetuju dengan terma peribadi yang ditawarkan.

Difahamkan segala perbincangan berjalan lancar dan penjaga gawang berusia 27 tahun itu bersedia beraksi semula di bawah bimbingan Erik ten Hag, yang merupakan pengurusnya ketika di Ajax Amsterdam.

Ten Hag beralih kepada Onana selepas merasakan David De Gea tidak sesuai dengan perancangan taktikalnya disebabkan tidak mempunyai kawalan bola yang baik.

Advertisements

De Gea kini menjadi ejen bebas selepas kontraknya tamat 30 Jun lalu dan mengesahkan dia meninggalkan kelab minggu lalu selepas 12 tahun di Old Trafford.

Onana bakal mewarisi jersi nombor satu United selepas penjaga gol simpanan, Tom Heaton menyambung kontrak selama 12 bulan untuk kekal di kelab.

Heaton dijangka bakal beraksi untuk Unite dalam aksi persahabatan pramusim pertama Red Devils menentang Leeds United di Oslo esok.

Kehadiran Onana juga pastinya menyaksikan Dean Henderson akan angkat kaki kerana enggan memanaskan bangku simpanan dengan Nottingham Forest dijangka menjadi pilihan penjaga gol Inggeris itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan