28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Sergi Roberto dilantik kapten baharu Barcelona

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMAIN tengah berpengalaman, Sergi Roberto dilantik sebagai kapten baharu Barcelona musim ini susulan penghijrahan Sergio Busquets ke Amerika Syarikat bersama Inter Miami.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu berada di Nou Camp sejak menyertai akademi La Masia pada 2006.

Pelantikan itu merupakan satu yang cukup beremosi buat pemain berusia 31 tahun itu yang telah berada di kelab sejak umur 14 tahun dan membuat 350 penampilan untuk skuad senior.

Pengumuman mengenai pemakai lilitan kapten pasukan diumumkan Barcelona di akaun media sosial kelab malam tadi.

Advertisements

Roberto sebelum ini merupakan naib kapten dan merupakan sebahagian daripada kumpulan berpengaruh dalam bilik persalinan.

Pada Mac lalu, pemain tengah itu telah menandatangani kontrak sambungan baharu untuk kekal di Nou Camp sehingga akhir musim 2024.

Bersama La Blaugrana, Roberto telah menjuari La Liga sebanyak tujuh kali, Copa del Rey (enam), Liga Juara Juara Eropah (dua) dan menjuarai Piala Kelab Dunia (sekali).

Boleh beraksi di posisi tengah dan pertahanan kanan, Roberto merupakan pemain yang cukup signifikan untuk Barca biarpun tidak mendapat peluang beraksi dengan kerap. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan