30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Xavi kekal di Nou Camp sehingga 2025

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

XAVI Hernandez menyambung kontrak baharu bersama Barcelona yang menyaksikan lagenda kelab itu akan kekal di Nou Camp sehingga 2025 dengan opsyen lanjutan semusim.

Bekas pengendali Al-Saad itu mengambil-alih The Blaugrana pada November 2021 dan berjaya memacu kelab meraih kejuaraan La Liga musim lalu.

Selain kejuaraan liga, Xavi turut membawa kelab Catalan itu menjuarai Piala Sepanyol selepas menewaskan Real Madrid pada final yang dilangsungkan di Arab Saudi.

Untuk rekod, sejak kembali ke Nou Camp, Xavi telah merekodkan 60 kemenangan dalam 96 perlawanan.

Xavi merupakan produk akademi La Masia dan berada di kelab selama 24 tahun dan kini merupakan individu yang sangat diperlukan bagi mengembalikan kegemilangan kelab.

Usaha membina kembali Barcelona bukan semudah yang disangka kerana Xavi berdepan pelbagai isu yang perlu diselesaikan sama ada di dalam mahupun di luar padang.

Advertisements

Isu utama adalah kewangan kelab dan penetapan gaji maksimum oleh La Liga yang membuatkan kelab sukar mendaftarkan pemain.

Kelab Catalan itu juga terpaksa menjual aset bagi mencari modal bagi memastikan kerja-kerja pengubahsuaian Nou Camp berjalan lancar.

Pada musim ini, Barcelona beraksi di Stadium Olimpik Sepanyol bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pengubahsuaian.

Sementara itu, Barcelona menerusi kenyataan berkata, corak persembahan segar dan meyakinkan dipamerkan kelab sejak ketibaan Xavi.

“Ketua jurulatih kelahiran Terassa ini membawa keinginan bagi membawa Barcelona beraksi dengan identiti kelab seperti ketika beliau beraksi sebagai pemain dahulu.

“Cabaran yang dihadapinya adalah menyatukan pasukan yang dibarisi pemain muda dan pemain berpengalaman, objektif yang berjaya dicapai Xavi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan