32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Syarikat nyaris rugi RM28.3 juta penipuan BEC

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBUAH syarikat tempat hampir kerugian RM28.3 juta selepas terpedaya dengan helah sindiket penipuan Business Email Compromise (BEC).

Namun, tindakan pantas Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara (BNM) berjaya menyekat wang tersebut daripada dipindahkan ke luar negara.

Pengarah JSJK, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, segalanya bermula pada 6 Julai lalu selepas pihaknya menerima laporan berkaitan kes tersebut yang melibatkan pindahan wang yang besar.

Ujar beliau, syarikat mangsa yang berpangkalan di negara ini berurusan dengan sebuah syarikat luar negara bagi mendapatkan bekalan gas petroleum cecair (LPG).

“Pihak syarikat menerima e-mel dari wakil pembekal yang mengarahkan pembayaran dibuat ke akaun yang baharu. Percaya dengan arahan, mangsa telah membuat pembayaran ke akaun tersebut.

“Mangsa hanya menyedari telah ditipu apabila syarikat pembekal yang sebenar memaklumkan bahawa mereka masih tidak menerima pembayaran,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Advertisements

Ramli berkata, bertindak atas maklumat, PDRM dengan kerjasam BNM dan insitusi kewangan terlibat telagh menjejaki wang yang dipindahkan dan menyekat sebanyak RM28.3 juta daripada dipindahkan ke akaun bank di luar negara.

Katanya, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 402 Kanun Keseksaan.

“Sebagai langkah pencegahan, masyarakat khususunya ahli perniagaan yang menggunakan e-mel dalam urusan seharian diingatkan agar sentiasa berhati-hati.

“Pastikan e-mel yang diterima adalah daripada pihak pembeli atau penjual sebenar. Waspada sekiranya terdapat arahan berkaitan perubahan akaun bank bagi tujuan pembayaran.

“Sebaiknya, hubungilah syarikat penjual/pembeli melalui panggilan telefon untuk mendapatkan pengesahan berkenaan perubahan akaun tersebut,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan