25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

BN hormati keputusan MCA, MIC – Zambry

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) menghormati keputusan dua parti komponen, MCA dan MIC yang mengambil keputusan tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kesemua parti komponen BN sedia memberikan komitmen bagi memastikan kemenangan di semua kawasan yang ditandingi. 

“Dewan Tertinggi menghormati keputusan dan komitmen parti komponen BN bagi memastikan kemenangan di semua kawasan yang ditandingi. 

“BN mengarahkan persiapan dan memperkukuhkan semua jentera parti di setiap peringkat bagi menghadapi PRN di Kelantan,Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi.

Advertisements

Dalam pada itu, Zambry berkata, kerjasama di antara parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan akan diperkukuh dan dipertingkatkan.

Sehugungan itu, BN bersama Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan Program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan di Kedah (15 Julai), Pulau Pinang (16 Julai), Kelantan (23 Julai), Negeri Sembilan (27 Julai) dan Terengganu (28 Julai). 

“Adalah diharapkan sokongan rakyat bagi menjayakan program ini dan seterusnya menyokong calon-calon Kerajaan Perpaduan.

“BN komited mempertahankan prinsip yang termaktub di dalam perlembagaan bagi menjamin kestabilan dan kemakmuran dalam negara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan