Saturday, June 13, 2026

21 kenderaan disita, 54 saman dikeluarkan dalam Ops Sepadu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 21 buah kenderaan disita dalam Ops Sepadu yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya sekitar pentadbiran Barat Daya di sini awal pagi tadi.

Menerusi pengendali Facebook IPD Barat Daya berkata, selain itu sebanyak 54 keping saman turut dikeluarkan atas lain-lain kesalahan dalam operasi terbabit.

“Kesemua mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Menurutnya, selain membendung samseng Jalanan yang melibatkan mat rempit, operasi ini juga bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan-peraturan lalulintas sedia ada dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

“Operasi ini juga, turut tertumpu di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan “mat rempit” melakukan aksi berbahaya dan mengesan pemandu mabuk, mencegah kejadian kes kecurian kenderaan, ragut, pecah rumah dan lain-lain jenayah.

“Operasi ini akan diteruskan pada setiap minggu bagi mencegah gejala “mat rempit” yang sering mengganggu ketenteraman awam,”katanya.

Salurkan maklumat sebarang kegiatan atau kejadian jenayah ke bilik Gerakan Polis Barat Daya di talian, 04-8664122, 0192238169 (Whatsapp) atau Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan