Thursday, July 23, 2026

Anwar terima kunjungan Perdana Menteri Jepun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Jepun, Fumio Kishida, hari ini.

Kishida tiba di Kompleks Seri Perdana pada pukul 10 pagi bersama delegasinya yang disambut oleh Anwar.

Anwar dan Kishida kemudian mengadakan pertemuan empat mata sebelum menyertai delegasi masing-masing untuk mengadakan mesyuarat bilateral.

Kedua-dua pemimpin berkenaan dijadual mengadakan sidang media bersama pada pukul 12 tengah hari memetik laporan Berita Harian.

Malaysia dan Jepun meningkatkan hubungan daripada Rakan Strategik Dipertingkat kepada Rakan Strategik penuh pada tahun 2015 ketika Kishida melawat Malaysia sebagai Menteri Luar.

Jepun adalah rakan dagang keempat terbesar Malaysia sejak 2015.

Setakat Jun 2023, sebanyak 2,778 projek oleh syarikat Jepun telah dilaksanakan di Malaysia dengan nilai pelaburan berjumlah RM91.89 bilion. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan