33.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

ADUN Duyong ‘mohon cuti’ daripada rakyat

Mesti Baca

JARANG-JARANG berlaku seorang wakil rakyat memohon cuti daripada masyarakat kawasan yang diwakilinya.

Tetapi itulah yang dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Melaka, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

Menggunakan laman media sosialnya, beliau memohon untuk bercuti selama tiga hari mulai hari ini sehingga 8 November setelah dua tahun berkhidmat.

Beliau lebih mesra dipanggil “Mat” mula menjadi ADUN Duyong sejak memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November 2021.

“Lagi dua minggu Mat punya ulang tahun kedua memegang mandat melaksanakan amanah orang Duyong.

“Untuk tahun kedua, ini kali pertama Mat isi borang cuti. Mat cuti dari 5 November 2023 hingga 8 November 2023.

Advertisements

“Minta izin cuti sekejap untuk “recharge” semula kepala otak. Healing-healingkan juga emosi diri,” katanya menerusi Facebook, malam tadi.

Beliau yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi berkata, peluang tersebut akan digunakan sebaiknya untuk tidak memikirkan pelbagai perkara yang perlu dihadapinya.

“Tepu gak memikir macam-macam hal. Ada masa jadi benak tak tentu arah. Satu tahap bangun pagi Mat bercakap dengan diri sendiri, “Apalah yang aku dah buat ni?”,” katanya.

Beliau berharap sekembalinya dari bercuti akan menjadikannya lebih tenang, jujur, bijak, matang, pantas, cekap, tegas, amanah, bertanggungjawab, kuat, kacak dan bergaya.

Sehubungan itu, beliau banyak menerima ucapan selamat bercuti dan berharap dapat terus memberikan khidmat yang terbaik untuk warga Duyong.

Sementara itu, ketika ditanya oleh seorang pengikut media sosial mengenai berat badannya, Mohd Noor Helmy berkata sebelum menjadi wakil rakyat berat badannya ialah 146 kilogram (kg) namun kini menyusut kepada 99.8 kg. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Atlet kayak parah dirempuh pemandu mabuk, diseret 600 meter

ATLET kayak negara, Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22, cedera parah setelah dipercayai dirempuh seorang pemandu mabuk di Lebuh...

Lagi Artikel Berkaitan