Saturday, June 13, 2026

Minggu Solidariti Palestin KPM raih kutipan dana RM9.2 juta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK RM9.2 juta dana kemanusiaan telah berjaya dikutip sepanjang pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin bermula 29 Oktober hingga 3 November lepas melibatkan penyertaan ribuan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) seluruh negara.

KPM menerusi kenyataan berkata, program yang dianjurkan berkenaan adalha bertujuan untuk mendidik murid dan warga KPM tentang nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi manusia, keamanan dan sifat ihsan.

Cek dana tersebut telah disampaikan Ketua Setiausaha KPM, Datuk Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada aktiviti kemuncak dan penutup bagi pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin yang telah berlangsung di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya, Jumaat lalu.

Acara anjuran KPM itu telah melibatkan 800 murid daripada institusi pendidikan KPM dan lebih 200 pegawai KPM bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin serta menyokong nilai keamanan sejagat.

Antara pengisian utama acara berkenaan termasuk deklamasi sajak, persembahan lakonan dan nyanyian serta pidato kemanusiaan. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan