30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

AS hargai Malaysia pindah keluar 2 rakyatnya dari Sudan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Amerika Syarikat (AS) menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia kerana membantu mengevakuasi dua warganya keluar daripada kawasan bergolak di Sudan.

Wisma Putra menerusi kenyataan berkata, penghargaan itu disampaikan oleh Setiausaha AS, Antony J. Blinken kepada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menerusi panggilan telefon hari ini.

“Menteri Luar Negeri dan Setiausaha AS seterusnya telah bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama dua hala seperti peluang kerjasama perdagangan dan pelaburan, pertukaran lawatan, ekonomi digital, dan perubahan iklim.

“Kedua-duanya juga turut membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama serta turut sepakat untuk terus melaksanakan usaha-usaha memperkukuhkan Perkongsian Komprehensif Malaysia-AS,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Advertisements

Lebih 400 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 3,500 cedera ekoran konflik bersenjata antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) yang tercetus pada 15 April lalu.

Malaysia menerusi Pasukan Khas (TF) Ops Sudan membawa keluar 30 rakyat Malaysia yang terkandas di Khartoum pada 24 April lalu selepas menempuh perjalanan darat sejauh 1,233 kilometer yang mengambil masa 30 jam.

Dalam misi itu, Malaysia juga berjaya membantu mengeluarkan 26 warganegara lain termasuk 14 warga Singapura; enam warga Kemboja; dua warga AS dan masing-masing seorang warga Thailand, Filipina, Sudan dan Palestin.

Dua lagi rakyat Malaysia merupakan individu yang berkhidmat dengan Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan (UNMIS) di Abyei dan proses evakuasi mereka akan dilakukan oleh PBB. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan