32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Polis cari 14 kenderaan potong ‘Q’ di Kota Tinggi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor mengesan pemilik 14 kenderaan yang gambarnya tular di media sosial kerana memotong barisan di sepanjang Jalan Kota Tinggi-Kluang berhampiran sebuah restoran di Kota Tinggi, Johor.

Ketua Polis Kota Tinggi, Hussin Zamora berkata, gambar kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya itu tular di Facebook.

Katanya, nombor pendaftaran kenderaan-kenderaan itu adalah JNA 2863, JVS 2930, MBG 4188, RAM 3334, UiTM 6686, JQK 153, JPE 6058, RS 8079, JPJ 899, VJC 3572, JQN 5554, JTF 7772, JUW 7269 dan VCQ 6740.

“Kesalahan ini menjejaskan aliran trafik dan secara tidak langsung boleh mencetuskan kemalangan jalan raya.

“Justeru, Polis menggesa pemandu-pemandu kenderaan ini segera tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Kota Tinggi bagi membantu siasatan.,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya mengamalkan pemanduan yang berhemah ketika di jalan raya.

Polis IPD Kota Tinggi mengingatkan kepada semua pengguna jalan raya untuk menjadi pemandu yang berhemah dan bertimbang rasa semasa memandu. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan