25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 21, 2025

Menteri tegur portal hiburan, sebar berita palsu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menegur sebuah portal hiburan kerana menyiarkan berita palsu yang tular di media sosial.

Menurut beliau, berita palsu melibatkan Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin itu tersebar sejak semalam dan menjadi fitnah yang merebak jauh ke pelbagai komuniti.

“Malah ada yang percaya atau dijadikan bahan politik.

“Sehubungan dengan itu, saya pohon rakan-rakan media sentiasa mengesahkan info dan sumber sebelum menerbitkan berita agar tidak timbul isu seperti ini.

“Tindakan undang-undang juga boleh diambil oleh agensi penguatkuasaan sekiranya didapati berlaku sebarang pelanggaran,”katanya dalam satu hantaran di media sosial malam tadi.

Advertisements

Semalam, Siti Nurhaliza membidas pihak yang membuat kenyataan palsu di media sosial menggunakan namanya bagi mengulas kehadirannya di sebuah majlis di Kedah.

Kenyataan palsu itu kemudian diguna sebuah portal hiburan untuk dijadikan bahan berita bertajuk ‘Siti Nurhaliza tak sangka rumah terbuka jadi majlis politik’.

“Siapalah yang pandai-pandai edit berita palsu ini dan disebarkan merata-rata dan yakinkan orang ini posting sebenar. Ini palsu.

“Saya ini penyanyi, hiburkan semua orang. Bulan Syawal ini, bulan jalinkan silaturahim bukan sebarkan berita palsu,” katanya di Instagram. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Anwar bertemu pemimpin MNC di Davos, teroka sinergi pelaburan

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin syarikat multinasional (MNC) di sela-sela Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi...

Lagi Artikel Berkaitan