28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Usaha selamatkan rakyat Malaysia turut babitkan Agong, PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir memaklumkan usaha membawa keluar rakyat Malaysia menerusi misi menyelamat oleh Pasukan Khas Ops Sudan turut membabitkan penglibatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ujar beliau, sekiranya tanpa penglibatan Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong, misi menyelmaat berkenaan pastinya lebih sukar.

Menurut beliau, Yang di-Pertuan Agong sendiri telah menghubungi Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk membantu operasi membawa keluar rakyat Malaysia dari Sudan.

“Di kesempatan ini, saya juga menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang menzahirkan keprihatinan terhadap keselamatan rakyat Malaysia di Sudan.

“Ini kerana Tuanku sendiri telah menghubungi Presiden UAE untuk membantu operasi membawa keluar rakyat kita dari Sudan.

Advertisements

“Kejayaan operasi yang amat kompleks ini turut dibantu melalui penglibatan langsung dan berterusan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghubungi sendiri kepimpinan Sudan bagi mendapatkan laluan keselamatan,” katanya dalam sidang media khas di Wisma Putra, Putrajaya, hari ini.

Zamry berkata tindakan Perdana Menteri menghubungi pemimpin Sudan adalah bagi mendapatkan laluan keselamatan sewaktu perjalanan sejauh 1,233 kilometer (km) dilakukan dari Khartoum ke Pelabuhan Sudan.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata sehingga keadaan di Sudan kembali pulih dan selamat, segala urusan berkaitan dengan negara berkenaan akan diselia secara pentadbiran oleh Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan