29.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 14, 2024

BN anggap pelucutan 7 wakil rakyat Bersatu muslihat politik

Mesti Baca

BARISAN Nasional (BN) menganggap keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melucutkan enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai muslihat politik.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, tindakan parti itu jelas tidak mempedulikan soal mengekalkan kestabilan dan usaha memulih ekonomi negara.

Sehubungan itu, beliau berkata, BN akan memantau keputusan yang dibuat Bersatu ke atas ahli-ahli Parlimen Jeli, Gua Musang, Kuala Kangsar, Bukit Gantang, Labuan dan Tanjong Karang serta ADUN Selat Klang itu.

“BN memantau keputusan Bersatu melucutkan keahlian enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN mereka yang jelas dilihat sebagai muslihat politik berbanding dengan keutamaan untuk mengekalkan kestabilan dan usaha memulihkan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat BN dalam Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Tertinggi parti itu yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur malam tadi.

Advertisements

Sebelum ini, Bersatu melucutkan keahlian enam Ahli Parlimen serta seorang ADUN kerana menyatakan sokongan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka ialah Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Seorang lagi ialah ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Zambry berkata, mesyuarat juga memberi komitmen berterusan untuk BN membawa isu-isu rakyat yang memerlukan kesegeraan tindakan.

Katanya, ini bagi memelihara kesejahteraan hidup rakyat melalui langkah-langkah proaktif yang diambil bersama Kerajaan Perpaduan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Buli siber: Letak tanggungjawab kepada pemilik akaun – Gobind

MENTERI Digital, Gobind Singh Deo, mencadangkan undang-undang baharu dipertimbang bagi meletakkan tanggungjawab kepada pemilik platform media sosial atas penyalahgunaannya,...

Lagi Artikel Berkaitan