29.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 14, 2024

Bersatu serah notis kekosongan 6 kerusi Parlimen kepada Speaker

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menyerahkan notis makluman berhubung kekosongan enam kerusi Parlimen kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul hari ini.

Ketua Whip Bersatu, Datuk Dr Ronald Kiandee berkata, notis makluman tersebut sesuai dengan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan setelah enam ahli Parlimen daripada parti itu terhenti keahliannya secara serta-merta.

Beliau berkata, enam kerusi terbabit ialah Parlimen Gua Musang, Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Tanjong Karang dan Labuan yang mana kesemua notis makluman ditandatanganinya.

“Pengesahan kekosongan luar jangka ini hendaklah dihormati, apatah lagi Seksyen 18C Akta Pertubuhan memperuntukkan bahawa sebarang keputusan sesuatu parti politik adalah muktamad dan konklusif.

“Secara prinsipnya, saya yakin Tan Sri Johari mahu memastikan badan legislatif bebas daripada pengaruh politik kepartian dengan menghormati keluhuran Perlembagaan dan menjunjung kedaulatan undang-undang.

“Beliau tiada pilihan kecuali mengisytiharkan enam kerusi Parlimen tersebut kosong dan seterusnya memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan suatu pilihan raya kecil diadakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Seri Mohd Amar Abdullah telah mengisytiharkan kekosongan luar jangka bagi DUN Nenggiri setelah penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim telah terlucut keahliannya dalam Bersatu secara serta-merta.

Notis kekosongan kerusi DUN tersebut kemudian diserahkan kepada SPR dan suruhanjaya itu akan mengadakan mesyuarat khas 28 Jun ini untuk membincangkan pilihan raya kecil (PRK) kawasan berkenaan.

Advertisements

Mohd Azizi juga merupakan Ahli Parlimen Gua Musang.

Ronald berkata, keputusan yang dibuat DUN Kelantan itu merupakan keputusan tepat mengikut lunas Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri serta selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Justeru, sebagaimana Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan perenggan 3, Speaker Dewan Rakyat perlu memastikan berlakunya kekosongan luar jangka dalam masa 21 hari selepas notis diterima.

“Hal ini juga telah diperjelaskan oleh bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun,” katanya.

Selain Mohd Azizi, lima Ahli Parlimen yang terlucut keahlian masing-masing ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Seorang lagi ialah ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Ia selepas mereka gagal memberi sebarang jawapan berkaitan surat arahan ke bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Buli siber: Letak tanggungjawab kepada pemilik akaun – Gobind

MENTERI Digital, Gobind Singh Deo, mencadangkan undang-undang baharu dipertimbang bagi meletakkan tanggungjawab kepada pemilik platform media sosial atas penyalahgunaannya,...

Lagi Artikel Berkaitan