30.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 16, 2024

PRK Sungai Bakap: Pilih Cikgu Joohari atau Abang Abidin

Mesti Baca

PENGUNDI di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan membuat pilihan sama ada Cikgu Joohari atau Abang Abidin sebagai wakil rakyat baharu mereka pada 6 Julai ini.

Ini berikutan hanya dua pencalonan yang diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa penamaan calon yang diadakan di Dewan Serbaguna Jawi, Nibong Tebal hari ini.

Mereka ialah Dr Joohari Ariffin (Cikgu Joohari) yang mewakili Pakatan Harapan (PH) serta Abidin Ismail (Abang Abidin) dari Perikatan Nasional (PN).

Joohari menyerahkan borang penamaan pada jam 9.05 pagi sambil diiringi pencadang, Setiausaha Cabang PKR Nibong Tebal, S Galaimani dan penyokong, Ketua Puteri UMNO Bahagian Nibong Tebal, Ameera Nadia Mohd Shafiee.

Manakala Abidin pula menyerahkan borang penamaan pada jam 9.15 pagi dengan diringi pencadang, Bendahari Jentera Pilihan Raya PN, Abdul Rahman Hashim dan penyokong Setiausaha Jentera Pilihan Raya PN, Amizan Ariffin.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim berkata, sehingga pusat penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi tiada borang pencalonan lain yang diterima.

Sementara itu Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, tempoh berkempen bermula selepas pengisytiharan pilihan raya

Advertisements

dipertandingkan oleh Pegawai Pengurus sehingga pukul 11.59 malam, 5 Julai ini.

Beliau berkata, pihaknya menubuhkan dua pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya bagi memantau semua aktiviti calon yang bertanding ketika berkempen.

“Calon-calon yang telah membayar deposit bahan kempen pilihan raya adalah juga tertakluk kepada undang-undang kecil mana-mana pihak berkuasa tempatan sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5], bagi tujuan mempamer dan mengedarkan bahan kempen pilihan raya yang mengandungi gambar calon, lambang / simbol parti dan gambar pemimpin parti gabungan / komponen secara bersama atau berasingan yang diwakilinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SPR sebelum ini menetapkan 6 Julai sebagai hari pengundian manakala 2 Julai pula bagi pengundian awal.

DUN Sungai Bakap mengandungi 39,279 orang pemilih yang terdiri daripada 39,222 orang pengundi biasa dan 57 orang anggota polis.

PRK Sungai Bakap diadakan berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff daripada Perikatan Nasional (PN) pada 24 Mei lalu.

Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu menentang calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. Beliau mendapat 15,433 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Penjawat awam ditahan buat buat komen jelik 3R di Tiktok

SEORANG penjawat awam ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung komen jelik melibatkan 3R (agama, bangsa dan raja) yang...

Lagi Artikel Berkaitan