25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

3 parah terbabas lari dari pemeriksaan polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PADAH buat empat individu termasuk kanak-kanak lelaki berusia empat tahun apabila tiga daripadanya parah selepas terbabas dalam cubaan melarikan diri dari pemeriksaan polis.

Kejadian itu berlaku di susur keluar Putra Heights, Lebuhraya Elite di Subang Jaya, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, dalam kejadian kira-kira jam 1.05 pagi itu, kenderaan polis terserempak dengan kereta dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota polis kemudian mengekori kenderaan suspek sambil membunyikan siren serta menyalakan lampu biru untuk mengarahkan suspek supaya berhenti bagi tujuan pemeriksaan.

“Bagaimanapun, suspek enggan berhenti dan cuba melarikan diri dengan memecut laju kenderaan yang dinaiki sehingga melanggar palang Plaza Tol Seafield menuju ke Lebuhraya Elite,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Wan Azlan lagi, kenderaan suspek kemudiannya terbabas ketika melalui susur keluar Putra Heights.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut dinaiki dua lelaki dan seorang wanita berumur berumur antara 20 hingga 30-an dan seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun.

Advertisements

“Tiga suspek mengalami kecederaan parah kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, semakan dijalankan mendapati kesemua suspek terlibat mempunyai rekod jenayah lampau.

“Salah seorang suspek masih dikehendaki dalam kes dadah di daerah Hulu Selangor.

“Buat masa ini kesemua suspek masih belum ditangkap kerana masih dalam keadaan tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di hospital,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 186 / 279 Kanun Keseksaan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan