27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Agong zahir ucapan sempena Hari Tentera Laut ke-89

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut ke-89 kepada seluruh warga angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), veteran TLDM serta semua yang pernah berkhidmat bersama pasukan itu.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, Seri Paduka Baginda selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat bakti dan pengorbanan yang dicurahkan oleh seluruh warga TLDM tanpa mengira masa dan penat lelah dalam melindungi kedaulatan serta memelihara keselamatan perairan negara.

“Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh keluarga para perwira dan anggota tentera laut yang telah terkorban semasa bertugas.

“Yang di-Pertuan Agong turut mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama solihin,” katanya hari ini.

Pada masa yang sama, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mendoakan semoga TLDM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa. 

Advertisements

Terdahulu, perbarisan sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Ke-89 hari ini melakar sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya lapan Panji-Panji Rejimen pasukan itu terlibat serentak di dalam satu acara.

Lapan Panji-Panji itu ialah dari Kapal Diraja (KD) Pelandok, KD Malaya, KD Panglima Hitam, KD Sri Sandakan, KD Rajawali, KD Sri Semporna, KD Duyong dan Skuadron Frigate Ke-23, selain lapan kontinjen lain.

IstIadat perbarisan yang diadakan di Padang Kawad KD Pelandok, Pangkalan TLDM Lumut itu melibatkan 61 pegawai dan 812 anggota diketuai oleh Komander Lim Kim Tat serta dibantu oleh Pancaragam Pusat TLDM yang dipUpacara perbarisan yang penuh istiadat itu disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob.impin oleh Leftenan Komander Mohd Shamram Ramli.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan